Sabtu, 2 Disember 2017

TRAVELOG KE PERTH, WESTERN AUSTRALIA, 2017

ASSALAMUALAIKUM...

Bagaimana harus saya mulakan travelog ini.. Ok, let me start by quote a word of wisdom that i love the most. "Travel far enough, you will meet youself".
Mengembara bersama keluarga adalah satu perkara yang telah saya idamkan sejak dahulu lagi. Mencari pengalaman di bumi Allah dengan merasai suasana hidup di negara orang adalah satu nikmat yang tak ternilai, and this is my very first time travelling with family to the world of odd yet beautiful.

Travelog ini adalah ulasan berdasarkan pengalaman dan situasi yang telah saya dan keluarga lalui semasa berada di bumi Oz selama 6 hari 5 malam , 26 November sehingga 1 Disember 2017. Saya telah membuat perancangan yang rapi sebelum ke Perth dengan melihat pengalaman orang lain yang telah dibaca di blog atau web. Jadi dapat tahu mengenai the do and the don't apabila kita berada di negara orang.

Untuk bahagian yang pertama, saya coretkan dahulu persediaan untuk ke luar negara. Kemudian siri berikutnya, saya akan coretkan pengalaman, gambar-gambar, tempat yang menarik untuk dilawati and what so ever perkara yang telah kami lalui selama 6 hari 5 malam di bumi Perth, WA.

PART 1-  PERSEDIAAN

PASPORT/ VISA
- Sedia maklum bahawa pasport boleh dibuat di kaunter imigresen dengan harga RM 200 untuk tempoh 5 tahun. Visa ke Australia ataupun dipanggil ETA, boleh dibuat secara online dengan harga RM 20 seorang. Jadi, untuk visa saya hanya membelanjakan RM100 sahaja. Murahkan ? Ada juga syarikat yang menawarkan harga yang lebih mahal daripada itu. 

INSURAN 
-Bagi saya, insuran sangat perlu apabila kita berada di negara orang yang kita belum pernah jejak. Risau juga jika berlaku apa-apa kemalangan yang tidak kita kehendaki. Saya sebagai kakitangan kerajaan, perlu memohon bersurat kepada majikan untuk ke luar negara, juga secara automatik akan dapat insuran percuma yang telah disediakan kerajaan kepada kakitangan awam. Saya juga telah membeli insuran dengan AXA Insurance untuk satu keluarga dengan harga RM90 sahaja semasa promosi. Sebenarnya hanya perlu 1 insurans sudah cukup, selebihnya hanya berdoa pada Allah supaya segala perancangan kita diredhai olehNya. For sure, God will make your life easier.

TIKET
-Ya, yang part ni yang sangat perlu ada, takkan nak kayuh sampan kot. Hehe. Kami menempah seawal 4 bulan dengan syarikat tambang murah Air Asia dengan kos RM3999 return untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Termasuk check-in baggage 25kg pergi dan balik. Dan tambahan sarapan pagi untuk 3 orang semasa balik nanti. Sebenarnya, ada lagi tiket yang murah, jadi anda kena alert dengan promosi Air Asia, kerana ada member saya pernah dapat dengan harga RM 1400 return untuk 5 orang dewasa. So, buat perancangan seawal mungkin.

DUIT
-Ini juga part yang penting. Kena juga alert dengan kadar currency negara yang kita nak jelajahi. Mengenai Australia, tukaran semasa saya di sana adalah 3.18. Maksudnya, jika saya menukarkan RM 100, saya hanya dapat AUD 31.44 sahaja. So, nilaikan sendiri lah keadaan matawang negara kita. Hehe. Anda boleh menukarkan duit tersebut di Ampang Park, ataupun mana-mana Money Exchange , tapi janganlah tukar di Airport. Sangat rugi kerana sangat mahal. (AUD= Australian Dollar)

BARANG YANG DIBAWA
-Part ini anda kena beri perhatian kerana Australia adalah negara yang ketat dengan prosedur di lapangan terbang. Australia is very proud of its "Strictest Quarantine Law in The World". Jadi anda kena buat declaration ke atas semua barang makanan yang hendak di bawa. (Jika anda mahukan format declaration of items, please do email me). Banyak juga barang makanan yang dilarang bawa masuk, contohnya makanan berunsurkan daging dan ayam, tenusu and so on. Semasa di atas kapal terbang, anda akan diberi Arrival Card. Anda perlu isi dan tick dengan jujur jika tidak mahu didenda.

MUSIM
- Di Australia, ada 4 musim seperti yang anda tahu. Saya ke sana pada penghujung bulan November , iaitu penghujung musim bunga. Sempat juga tengok bunga jacaranda yang sangat cantik. Musim bunga juga suasana panas, tapi angin sejuk dengan tiupan angin yang dingin. Suhu sekitar 17 - 20 celcius. Musim winter di sini lagi sejuk, tetapi harus diingat bahawa di Perth tiada salji di musim sejuk.

TEMPAT PENGINAPAN
-Semasa di Perth, saya selama 6 hari 4 malam. Jadi saya merancang untuk menerokai bumi Perth sejauh mungkin dengan berkereta. Tempat penginapan yang saya tempah adalah melalui Airbnb, Agoda dan  juga Air Asia. (Jangan tak tau, Air Asia juga menawarkan hotel dengan harga yang berpatutan). Jika mahukan suasana homestay, tempahlah dengan Airbnb.com. Memang murah dan berbaloi dengan suasana kampung. Saya akan berikan details nanti mengenai homestay di siri yang lain.

KERETA SEWA
-Bagi saya, nak bergerak di sana memerlukan kenderaan yang sesuai lebih-lebih lag dengan membawa keluarga. Anda boleh menyewa dengan banyak syarikat seperti Avis dan Budget. Tempahlah melalui Air Asia, kerana semasa saya membuat perbandingan, tawaran Air Asia adalah antara yang termurah, serendah AUD 30 sehari. Jika ada anak kecil, harga sewaan akan menjadi tinggi kerana anda mesti menyewa juga booster / car seat untuk anak yang berusia 6 tahun ke bawah. Jangan risau pasal lesen, anda boleh gunakan lesen Malaysia yang kita gunakan sekarang. Juga mohon untuk anda mematuhi peraturan speed limit di sana jika tidak mahu surat saman sampai ke Malaysia. Dengarnya AUD 300 untuk saman speed trap. So, cer darab 3.18. Tak ke sejuta ??

KAD KREDIT
-Saya hanya sekali sahaja menggunakan kad kredit semasa parking. Anda kenalah mengaktifkan dahulu kad kredit semasa berada di Malaysia , untuk penggunaan di luar negara. Kad Debit Bank juga boleh digunakan di sini.

BAHASA
-Ke negara Orang Putih semestinya anda kena speakinglah, terutamanya apabila berurusan dengan mereka semasa membeli, mengisi minyak and so on. Di Australia, bahasa Inggeris meraka dengan accent yang tersendiri. Contohnya : Gud daii maiitt ( Good day mate).
So, tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka, so far negara kita English is our second language. Tetapi jika anda ke kedai makan halal, ataupun membeli souvenir, ada ramai masyarakat berasal dari Malaysia yang berniaga di sana. Contohnya tauke Cina di Megabes yang menjual cenderahati, dengan lancar boleh berbahasa Melayu. Juga sebelah kedainya orang Indonesia juga menjual cenderahati.

PARKING
-Part ni yang saya masih keliru. Kerana parking di bandar di nyatakan anda perlu hanya parking suku jam, setengah jam dan sejam. Saya parking di tengah bandar untuk membeli belah di sana dengan percuma. Kerana ada parking yang menawarkan percuma hanya untuk sejam, selebihnya berbayar. Saya juga pernah parking di tengah bandar dengan bayaran AUD2, untuk setengah jam dengan menggunakan syiling. Juga boleh gunakan Kad Kredit. Saya gunakan Kad Kredit pada hari pertama sampai kerana masih belum mempunyai duit syiling. Jangan main parking, kerana saman menanti anda.

MINYAK KERETA
- Harga minyak di sini agak murah, sekitar AUD1.40 seliter (murah jika tidak diconvert).
Harga adalah berubah-ubah mengikut tempat dan hari. Hari Isnin minyak lebih murah, sekitar AUD 1.24. Dan isilah di kawasan bandar, kerana di kawasan kampung, minyak adalah sedikit mahal. Sebuah kereta jika diisi penuh adalah sekitar AUD80 jika tak silap.


OK, setakat ini sahaja Part 1. Part 2 nanti saya akan coretkan pengalaman semasa di sana beserta dengan gambar-gambar tempat yang menarik untuk dilawati di Perth , WA.


*Sekeping gambar dahulu (pokok bunga jacaranda di Swan Valley) sebagai penyedap cerita, penambah perisa. hehe






Tiada ulasan:

Catat Ulasan