Setelah menunggu hampir 3 jam di KLIA2, kami bertolak jam 12.05 am menaiki Air Asia. Kami ditempatkan di bahagian belakang pesawat. Setelah 5 jam lebih di udara, lebih kurang 5.40 am, kami telah mendarat di Perth International AirPort (T1). Setelah turun, kena lalui sekatan imigresen dan kastam. Kami bernasib baik kerana dibenarkan masuk Lane 1 (tidak perlu check barangan yang dibawa). Mungkin kerana staf tengok kami membawa anak-anak kecil. Jika melalui Lane 2, perlu scan barangan yang dibawa. Jika anda declare semua barangan, rasanya tiada masalah yang berlaku. Jika terbawa juga barangan yang dilarang, akan dibuang ke dalam tong sampah kuning.
Yang pertama sekali, saya mendapatkan kad sim untuk digunakan di sini (untuk talian internet). Saya membeli talian OPTUS, dengan harga AUD 20. Untuk kegunaan yang maksima, ada juga yang murah sedikit AUD 15, tapi risau juga jika kehabisan kredit. Sementelah saya sangat memerlukan internet untuk bergerak menggunakan Google Map
(GPS Online).
Hari ini, staf OPTUS kata line internet menghadapi masalah. Hampir 4 jam barulah talian internet berfungsi. Resah juga saya, kerana perlu membuat panggilan kepada Brother Fak (tuan punya kereta), untuk memberitahu saya telah sampai. Nasib baik, di Airport Perth ini, talian wifi adalah percuma. So, sambil-sambil menunggu kereta sampai, kami meronda-ronda di sekitar lapangan terbang. Suasana di luar sangat sejuk, dengan tiupan angin yang kuat.
Along dengan kereta yang disewa, Mitsibishi Magna.
Kereta yang disewa adalah Mitubishi dengan harga AUD 255 selama 5 hari. Agak murah harganya jika diconvertkan ke ringgit ialah RM 820. Harga boleh lagi murah jika tidak menyewa kid seat / booster.
Hari Pertama kami menginap di kawasan perumahan di Armadale rumah kepunyaan Mr. Ben yang ditempah melalui Airbnb.com. Harga satu malam adalah RM 290 (termasuk cleaning cost) dan kami menginap di sini selama 3 hari. Rumah yang selesa dengan segala kelengkapan seperti kemudahan memasak, mesin basuh, tv dan internet (ada 2 ruang keluarga untuk tengok tv). 3 hari di situ hanya melayan cerita kartun sahaja via Youtube (tv already connected to internet), kerana memenuhi permintaan anak-anak. Muak dengan kartuuun jer . Haahaa.
Tempat yang pertama kami kunjungi ialah Fremantle, kawasan di tepi kuala, tempat pelabuhan dan prsinggahan kapal-kapal. Di sini, pemandangannya cantik dengan langit yang biru. Walaupun cuaca panas, namun angin sejuk yang brtiup menyebabkan badan menggigil sejuk. Kami singgah makan di Kailis Fish and Chip, kedai makanan laut yang popular dan pastinya restoran Halal.
Kemudian, menghala balik, kami ke E-Shed Market, satu tempat yang menjual cenderamata dengan harga yang berpatutan. Di sini, kami di sambut dengan Bahasa Melayu ! Ya, ada peniaga Cina di Kedai Megabes yang telah lama menetap di sini. Dan di sebelahnya peniaga kedai Aussin yang atang dari Indonesia.. Harga di sini agak murah jika di bandingkan dengan kedai cenderamata di bandar.
Kat sini hati-hati dengan parking. Sila bayar di mesin yang di tetapkan dengan duit syiling atau kad kredit. Biasanya AUD 2 untuk setengah jam. Masa membeli di sini , jumpa juga dengan beberapa pelancong dari Malaysia. Memang ramai yang berkunjung ke Perth pada musim cuti sekolah.
OK, bersambung ke episod seterusnya ..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan