Khamis, 7 Disember 2017

PERTH (HARI KETIGA)

Hari ini 28 November 2017, aktiviti pagi membasuh kain selepas sarapan pagi. Rumah Mr. Ben lengkap dengan mesin basuh dan mesin pengering.



Hari ini merancang untuk ke bandar Perth. Dari pagi lagi dok teringat nak beli seluar Levis. Hahaa.. Selepas semua bersiap, kami terus ke bandar menggunakan peta Google. Sebelum tu, singgah dahulu mengisi minyak kereta di stesen minyak PUMA, Armadale. Harga minyak sentiasa berubah, tetapi yang paling murah adalah hari Isnin. Harga sekitar AUD 1.25 - 1.49. Sama sahaja minyak dengan Malaysia, cuma di sini ada RON 91. Di sini, kita mengisi minyak dahulu, kemudian masuk ke dalam kedai untuk membayar. Mudah kan?



OK, teruskan perjalanan ke bandar Perth CBD (Central BusinessDistrict). Seronok di sini kerana pemandu sangat berhemah, sentiasa ikut speed limit yang ditentukan. Saya pun terikut sama, sebab tak nak kena saman. Pemandangan tepi laut sangat mempesonakan. Apalagi , kami singgah memotret anak-anak dan pemandangan sebentar sambil menghidup udara dingin.




Kemudian , kami menghala ke Kings Park Botanic Garden. Dengarnya di situ pemandangan cantik dan dapat melihat suasana bandar Perth dari atas bukit. So, kami teruskan perjalanan. Kawasan taman botani di sini terpelihara. Kelihatan beberapa pengunjung yang jogging dan berjalan bersama keluarga. Sekali lagi kami singgah di tepi jalan masuk ke Kings Park untuk berfoto.




Apabila sampai di Kings Park and Botanical Garden, anak-anak pula merengek lapar. Kami dah bawa sedikit makanan dari rumah. Jadi, berkelahlah kami di bawah pokok di tengah-tengah garden. Ramai orang nampaknya hari ini. Ada juga yang berkelah bawah pohon, dan ada sekumpulan pekerja entah dari mana sedang mengadakan jamuan. Selepas makan, kami melihat suasana di sekitar taman tersebut. Sangat cantik tumbuhan dan bunga, Subhanallah ! 






Selepas berkelah, kami terus ke bandar Perth, jaraknya dekat sahaja dari sini. Kami ke Watertown Brand Outlet Centre. Di sini, banyak pakaian, kasut, dan barang-barang lain yang berjenama . Harganya boleh tahan. Saya hanya masuk di kedai Levis Store. Membeli seluar dengan harga promosi, beli 1 percuma 1. Memang murah harganya. Hampir sejam berada di Levis Store. Kemudian, singgah membungkus makanan ringan di Ispa Kebab dan makan dalam kereta. 



Sebelum balik ke rumah, kami singgah di satu padang berdekatan Elizabeth Quay. Anak-anak meronta-ronta nak main boomerang , sebab padangnya yang luas. Jadi, selepas bayar parking untuk setengah jam, kami melepak di situ, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Suasana damai dan sejuk.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan