Jumaat, 8 Disember 2017

PERTH (HARI KEEMPAT)

Hari ini bangun pagi-pagi lagi sebab nak kemaskan rumah. Bangun jam 4 pagi sebab Subuh awal, sekitar jam 3.50 pagi.  Lepas ni akan berpindah ke Bunbury. Jadi, kena pastikan keadaan rumah Mr. Ben tersusun kemas dan sampah di buang. Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Bunbury, yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, dengan jarak perjalanan sejauh 180km. Rujuk peta, kami akan ke selatan Perth , berhajat mengunjungi Dolphin Discovery Centre, dengan bayaran masuk AUD 25 per family. 








Hampir sejam kami di sini. Kemudian, kami ke Busselton Jetty, 15 minit dari sini. Pantai Busselton sangat cantik, air nya sangat sejuk. Anak-anak rileks je mandi di pantai , saya masukkan kaki ke gigi air, airnya macam ais batu, sejuk sangat.








Lepas mandi, kami melawat pekan Bunbury. Satu kawasan yang tersusun dan bersih. Nampak tak ramai penghuni atau pengunjung di sekitar pekan Bunbury. Kami singgah di tepi sebuah menara.






OK, dah letih seharian berjalan, tiba masa untuk berehat. Kami telah menempah melalui Agoda, sebuah kabin A-frame di Discovery Holiday Park. Sungguh tenang pernginapan di sini. Ada juga tempat untuk sewa tapak motorhome / campervan. Di sebelah kabin kami, ada keluarga Melayu dari KL yang datang bercuti di sini.
Sekali lagi budak-budak ni berenang, kerana di sini ada kemudahan kolam renang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan