Selasa, 5 Disember 2017

PERTH (HARI KEDUA)

Hari kedua masih lagi di rumah Mr Ben di Armadale. Seronnok tinggal di sini, suasana nyaman dan jiran-jiran yang senyap sahaja. Tidak kulihat sebuah motosikal pun di depan rumah yang lalu lalang. Mat Rempit lagilah tak kelihatan. Ke mana agaknya anak-anak muda. Hairan seketika .. 
OK seperti biasa, waktu pagi memasak bahan yang di bawa dari Malaysia. Kami bawa rice cooker sendiri, beras, sardin, meggi, minyak, biskut,dan bahan-bahan kering yang lain. Yng selebihnya seperti bawang, telur, susu, dan buah-buahan beli di sini sahaja. Pasaraya Coles menjadi pilihan. Telur yang paling murah kami jumpa di pasaraya Cina ialah AUD 1.99 untuk 12 biji. Tapi malam tu, saya beli dengan harga AUD 5.50 kerana membeli di 7Eleven.



                                                                           Backyard breakfast..





Petang tu kami ke Bullsbrook untuk memetik strawberri. Sebenarnya dah booking slot untuk memetik cherry di tempat lain pada hari pertama sampai, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Kebanyakan ladang buah-buahan di buka pada hari minggu sahaja. Jadi, tidak berpeluang memetik buah cherry dan loquat. So,apabila mesej tuan tanah di Bullsbrook, dia menyatakan ladang dibuka. Ceria budak-budak ni sebab dapat melihat dan menikmati buah strawberry segar. Saya memandu sejauh 80km untuk ke sana, dengan menempuhi ladang-ladang dan ternakan lembu dan kuda yang sangat menarik.









Jam 1.00 ptg, kami singgah di Swan Valley sebuah perkampungan yang sangat cantik , desa yang penuh dengan pokok jacaranda. Kami sebenarnya mahu ke Margaret River Chocolate Company, sebuah kilang pembuatan coklat yang agak besar di Perth. Sambil melihat-lihat, boleh makan coklat yang disediakan secara percuma. Anak-anak beberapa kali mengambil coklat kerana sedap dan manis. Kami hanya membeli aiskrim di sini dengan harga AUD 3 untuk baby cone yang sememangnya Halal. Ramai juga pengunjung dari Malaysia singgah di sini.






Dah siap melihat pokok anggur di kilang coklat ini, kami terus ke Caversham. Memang tak sah kalau ke Perth kalau tak singgah sini. Syurga binatang di Caversham Wildlife Park dengan bayaran ke semua 5 orang lebih kurang AUD 90 ( i'm not really remember the exact figure). So, berjalanlah kami ke dalam zoo, anak-anak teruja nak  melihat kangaroo dari jarak dekat. Memang banyak kangaroo dalam ni, even di luar zoo pun ada yang kangaroo liar melompat-lompat. Binatang lain yang menarik ialah koala,ular, wombat, penguin  dan lain-lain. Ada persembahan penguin dan juga sesi bergambar dengan wombat. Zoo ni ditutup jam 5 rasanya, jadi kami cepat-cepat dari satu tempat ke tempat yang lain.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan